ASSALAMUALAIKUM
DISINI SAYA INGIN MEMPERKENALKAN KOLEKSI TERKINI SAYA UNTUK DIKONGSI UNTUK TUJUAN BERKONGSI MINAT DAN PENGALAMAN.

Ayam Batam Silver ni saya beli disebabkan oleh bulunya yang cantik. Oleh kerana keinginan mengatasi segala-galanya ni, akhirnya saya dapatkannya juga. Tetapi malangnya ianya bukanlah Ayam Batam yang original ,sebaliknya adalah kacukan , ditambah pula ayam ini tidak pandai mengeram telurnya sendiri dan mungkin ianya ditetaskan dengan teknik moden iaitu melalui incubator suatu masa dahulu.. sadisss
Burung Indian Ring Neck Hijau. Warna yang cantik tetapi pasanagannya telah mati juga. Insyaallah akan cari teman nanti.
Arnab Teddy Bear jantan ni pun pasangannya telah mati, akan cari pasangannya nanti.
Burung Tiong Emas , Burung Tiong ni beli anak suap lagi, boleh dikatakan jinak . masa beli dulu sepasang tetapi tak tau jantinanya sebab susah nak beza tetapi agak-agak ah mungkin jantan kot sebab bodynya besar ckit kot daripada yang satu lagi yang telahpun mendapat kebebasan sepenuhnya selepas terlepas dari sangkar dulu.Memang sedih sesangat mengenangkan kecuaian diri sendiri waktu dulu. tetapi kena terima hakikat bahawa semua REZEKI KURNIAAN ALLAH.
Disebabkan oleh kecuaian ni ,naklah bagi pasangan baru kat Tiong tu, maka dengan berat hati belilah seekor lagi. Menurut tuan punya pet shop ianya betina. Masa letakkan sekali kat sarang mula- mula elok lagi tak sampai 2 bulan dah gaduh apa kes , maka kena pisahkan dulu sementara menunggu sangkar yang lebih besar lagi. Yang ni agak liar sikit
Albino Baji C , dibeli untuk tujuan menjamu mata aje.. Dulu ada dalam 5 ekor sekarang tinggal 2 ekor aje.
No comments:
Post a Comment